7/8/11

Unsur Bunyi Vokal


 Semua bunyi vokal ialah bunyi-bunyi yang bersuara yang tidak mengalami sebarang gangguan pada arus udara. Bunyi vokal juga mempunyai ciri kelantangan dan kepanjangan, iaitu bunyinya lebih jelas serta lebih panjang daripada bunyi konsonan.

Pita suara adalah alat artikulasi manusia yang paling penting dalam menghasilkan bunyi vokal. Manakala, kualiti vokal pula ditentukan oleh peranan dan kegiatan lidah. Lidah mempunyai dua ukuran, iaitu tinggi rendah dan depan belakang.

Selain itu, lidah juga boleh diturunkan serendah-rendahnya atau dinaikkan sehingga mendekati langit keras dalam menghasilkan bunyi. Oleh itu, bunyi yang terhasil boleh tinggi dan rendah. Sebagai contoh, vokal [u] dalam perkataan [bubu] ialah vokal rendah. Manakala, vokal [i] dalam perkataan [ini] ialah vokal tinggi.

Selain lidah, alat-alat artikulasi lain yang terlibat ialah bibir dan lelangit lembut.
Jika bibir dan lidah berada pada satu keadaan, rongga yang dilalui oleh udara akan bergetar dan menyebabkan terbitnya kelantangan yang mencirikan sesuatu bunyi vokal dengan intonansi tertentu.

Bibir bertujuan untuk menghasilkan vokal depan atau belakang, iaitu apabila bibir dihampar akan terhasillah bunyi vokal depan. Sebaliknya, sekiranya bibir dibundarkan akan terhasillah bunyi vokal belakang. Dalam masa yang sama, lelangit lembut member laluan udara masuk ke rongga mulut dan menghalang udara mengalir dari rongga nasal(hidung).

Terdapat lapan bunyi vokal dalam bahasa Melayu tetapi enam sahaja yang biasanya digunakan dalam pertuturan bahasa Melayu standard. Salah satu kriteria yang menentukan bunyi vokal ialah bahagian lidah yang terlibat, sama ada bahagian hadapan lidah atau belakang lidah.

Selain itu, ketinggian lidah dinaikkan dan keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut sahaja(bunyi vokal) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan hidung(menghasilkan bunyi sengau).

Dalam masa yang sama, kriteria-kriteria yang seterusnya ialah kedudukan bibir, sama ada bundar atau hampar dan keadaan glotis, iaitu dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru suara bergetar.

Perbezaan bunyi vokal disebabkan keadaan lidah yang berubah, iaitu lidah tinggi, separuh tinggi, separuh rendah dan rendah.

Secara keseluruhan, vokal dalam bahasa Melayu dapat dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu vokal hadapan, vokal belakang dan vokal tengah.

a. Vokal hadapan
[i]  -vokal depan sempit.
[e] -vokal depan separuh sempit.
 -vokal depan separuh luas/lapang.

[a] -vokal depan luas/lapang.

b. Vokal belakang.
[u] -vokal belakang sempit.
[o] -vokal belakang separuh sempit.
 -vokal belakang separuh luas/lapang.

c. Vokal tengah.
 -vokal tengah.

           Tidak ada huruf dalam yang khusus dalam sistem tulisan bagi bunyi vokal  (vokal depan separuh luas/lapang) dan  (vokal belakang separuh luas/lapang). Bunyi vokal  dilambangkan oleh huruf ‘o’ dan bunyi vokal  dilambangkan oleh huruf ‘e’ serta vokal-vokal ini wujud dalam dialek-dialek dan merupakan kelainan daripada vokal [e] dan [o].

 Cara penghasilan vokal berkaitan dan mengikut ketinggian lidah diangkat. Sebagai contoh, bunyi vokal belakang dapat dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah kearah lelangit lembut, tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. 

Jika belakang lidah dinaikkan tinggi, rongga mulut menjadi sempit, maka terhasillah bunyi vokal [u], jika separuh sempit terhasillah bunyi vokal [o] dan jika separuh luas terhasilnya vokal . Kedudukan bibir pula adalah bundar, manakala luas bukaan rahang mengikut luas atau sempitnya bunyi vokal-vokal itu.

Manakala, jika lidah diangkat separuh tinggi atau separuh sempit pula maka terhasillah bunyi vokal  [e] dan jika hadapan lidah dinaikkan tinggi, terhasillah bunyi vokal [i]. Selain itu, jika ketinggian lidah separuh rendah atau luas, maka terhasillah bunyi vokal  dan jika lidah diangkat sedikit sahaja, terhasillah bunyi vokal [a]. Keadaan bibir adalah terdampar manakala luas bukaan rahang pula mengikut luas atau sempitnya bunyi vokal-vokal ini.




Bunyi Bahasa

Bunyi bahasa dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia. Alat perhubungan ini sememangnya kompleks dan teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Bahasa adalah satu system yang menghubungkan bunyi kepada makna, iaitu semua bahasa terdiri daripada semua bunyi perkataan dan ayat yang menghubungkan antara satu sama lain.

Menurut Profesor Asmah Haji Omar, bahasa merupakan alat-alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung sesama manusia dengan menggunakan bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh alat-alat ujaran manusiaa dan bunyi-bunyi itu tersusun menurut makna yang terdapat dalam suatu penggunaan masyarakat pengguna bahasa tertentu sehingga dapat melambangkan buah fikiran yang sudah, telah dan buah fikiran yang akan dilahirkan.















Fungsi Bahasa Melayu

Bahasa Rasmi
 Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi seperti dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan, urusan perdagangan dan perusahan, system pendidikan, kehakiman dan sebagainya kerana bahasa tersebut telah diberi status secara sah oleh sesebuah negara, negeri, wilayah. Terdapat juga di sesetengah negara, kerajaan atau pemerintah menggunakan bahasa rasmi dalam dokumen kerajaan berbanding bahasa kebangsaan mereka.

 Dalam konteks Malaysia, bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia melalui penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang mula berkuatkuasa pada April 1963. Dalam Akta ini terdapat tiga seksyen yang meliputi aspek-aspek tulisan, bentuk angka dan bahasa yang digunakan dalam borang rasmi kerajaan.

Akta disemak dan akhirnya disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan dikenali sebagai Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Dengan itu ada bahasa minoriti yang telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi seperti bahasa cina dan tamil yang boleh dijadikan bahasa rasmi semua sekolah jenis kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1967 memperuntukkan bahawa selepas 1 September 1967, bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu perlu digunakan bagi urusan-urusan rasmi kecuali kes-kes tertentu seperti undang-undang yang sedia ditulis dalam bahasa Inggeris, perhubungan diplomatik dan sebagainya.

Bahasa rasmi digunakan untuk tujuan urusan seharian negara, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun.  Manakala, fungsinya pula dapat memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat negara seperti merekod dokumen dan rekod kerajaan, menjadi media dalam segala urusan surat-menyurat di dalam dan jabatan, media untuk menulis semula undang-undang dan peraturan negara, penulisan semua jenis borang urusan rasmi kerajaan serta bahasa lisan para pegawai kerajaan semasa menjalankan urusan-urusan rasmi kerajaan.


Bahasa Kebangsaan

 Setiap negara yang merdeka mempunyai bahasa kebangsaan yang melambangkan dan dapat memperlihatkan identiti negara dan lambang bagi sesebuah bangsa atau negara itu. Bahasa ini digunakan untuk tujuan politik dan komunikasi rasmi dan juga  berkait rapat dengan sejarah bangsa dan negara itu sendiri.

Sesuatu bahasa itu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan melalui penggubalan undang-undang. Negara Kanada  mempunyai lebih daripada satu bahasa Kebangsaan seperti bahasa Perancis dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan.

Menyerlahkan lambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan merupakan tujuan khusus bahasa Kebangsaan dan juga dapat digunakan sebagai alat perhubungan.

Selepas tahun 31 Mei 1957, bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadi bahasa Kebangsaan tapi semasa peristiwa 13 Mei, hal tersebut telah mengubah bahasa melayu kepada bahasa Malaysia yang membawa erti hak atau kepunyaan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, Perlembagaan negara tetap mengekalkan dan tidak mengubah status bahasa melayu dan tarafnya sebagai bahasa Kebangsaan di negara Malaysia.

Terdapat perbezaan antara bahasa kebangsaan dengan bahasa rasmi kerana terdapat bahasa rasmi yang diiktirafkan melalui perundangan dan menjadi bahasa yang lebih dominan dan paling ketara digunakan dalam sesebuah negara berbanding bahasa kebangsaan negara itu sendiri dan menyebabkan bahasa Kebangsaan itu hanya tinggal sebagai lambang sahaja.




Sebagai contohnya, negara Singapura mengiktirafkan secara sah bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan di negara mereka tetapi bahasa Inggeris diberikan status rasmi dan digunakan secara meluas dalam semua urusan pentadbiran dan pemerintahan dan menyebabkan bahasa Kebangsaan hanya tinggal sebagai lambang.


BAHASA ILMU

Bahasa ilmu ialah bahasa yang dapat menjadi bahasa pengantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi dan diperkenalkan seiring dengan penekanan terhadap budaya ilmu.

Bahasa Melayu tidak lagi berada pada tahap yang rendah kerana mencapai taraf kecendekiawan dan bahasa saintifik.

Untuk mencapaikan taraf sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu mempunyai dua ciri, iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Bahasa Melayu juga perlu mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak.

Perkembangan perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa menyebabkan keintelektualan bahasa dicapai. Kesempurnaan bahasa turut boleh dicapai melalui kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahannya. Hal ini bertujuan untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bertaraf tinggi dan ada keselarasan dalam penggunaannya.






BAHASA PENGANTAR

Semasa zaman pemerintahan British, bahasa Melayu terhad penggunaannya hanya dapat digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Melayu sehingga darjah 4 sahaja. Apabila Penyataan Razak (1956) mula dilaksanakan kedudukan dan taraf bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara mula meningkat naik dan penyataan ini telah menjadi asas kepada pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Dasar Pelajaran Kebangsaan menurut Penyataan Razak(1956) bertujuan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu melalui sistem persekolahan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. Penyataan ini disemak oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Rahman Talib, beliau merupakan Menteri Pelajaran pada ketika itu dan jawatankuasa ini telah mengeluarkan Laporan Rahman Talib 1960.

Beberapa peringkat telah dilaksanakan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar. Antara peringkatnya ialah penyerapan bahasa Melayu dalam peringkat sekolah rendah. Beberapa perubahan dilakukan untuk melicinkan pelaksanaannya. Bahasa melayu turut diajar di sekolah jenis kebangsaan dan dijadikan sebagai bahasa pengantaraan dan seterusnya pada peringkat sekolah menengah. Laporan Razak juga turut menyatakan bahawa pelajaran di peringkat menengah dibahagikan kepada tiga jurusan yang penting iaitu pelajaran akademik, vokasional dan teknik dan mengambil masa antara lima dan enam tahun.

Menurut Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (1982: 106), pada peringkat pengajian tinggi,  semua universiti tempatan hendaklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan. Selain itu, semua pelajar luar negara yang datang ke negara untuk melanjutkan pelajaran diwajibkan untuk mempelajari bahasa Melayu, secara langsung dapat memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat yang lebih tinggi lagi.


BAHASA SEBAGAI PERPADUAN

Keadaan pembangunan ekonomi telah menyebabkan jurang pendapatan masyarakat bertambah besar dan ini menjadikan fungsi bahasa Melayu lebih penting. Walaupun dahulu bahasa Inggeris banyak digunakan, bahasa Inggeris ini tidak dapat menyatukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum kerana hanya sebilangan masyarakat Malaysia sahaja yang dapat memahami dan bertutur dalam bahasa Inggeris.

Oleh itu, bahasa Melayu mempunyai peranan yang besar untuk bertindak sebagai alat yang menghubungkan para penutur daripada berbagai bangsa dan berupaya untuk menyatupadukan bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia.

Searle (1972), menjelaskan bahawa manusia menggunakan bahasa untuk memberitahu  orang lain tentang perasaannya menggunakan bahasa. Selain itu, Slobin (1991) turut mengatakan bahawa apabila penutur dan pendengar berinteraksi , penutur mahu melahirkan pendapatnya dengan jelas, terang dan cekap. Selanjutnya, menurut Robinson dan Rackstraw (1972) pula, bahasa sangat berfungsi kepada manusia untuk menyampaikan dan menyatakan pengetahuan dan kepercayaan, mengeratkan perhubungan sosial, membuat pertanyaan  dan kenyataan.

Kesimpulannya, bahasa dapat dijadikan alat untuk mengawal dan mewariskan kepercayaan dan norma-norma masyarakat kepada generasi yang akan datang.