5/21/12

Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003

1.    PERKAITAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DENGAN MATLAMAT SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 2003.

Berdasarkan Huraian Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003, terdapat beberapa matlamat utama yang cuba dicapai dalam pelaksanaan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003, iaitu kurikulum bahasa Melayu ini ditubuhkan bertujuan untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan ini untuk memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian.

Bersesuaian dengan itu, melalui hasil kajian, didapati bahawa pembentukan matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003 sangat dipengaruhi oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pendek kata, sukatan bahasa Melayu ini dibentuk dengan mengambil kira matlamat daripada matlamat  FPK yang mana terdapat saling perkaitan di antara FPK dengan matlamat sukatan bagi subjek bahasa Melayu tersebut.

PERKAITAN FPK DENGAN KURIKULUM SUKATAN BAHASA Melayu SEKOLAH RENDAH 2003

FPK

KURIKULUM SUKATAN BAHASA Melayu SEKOLAH RENDAH 2003

Memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi,
memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan seharian.

Merujuk jadual di atas, didapati sememangnya Falsafah Pendidikan Guru mempunyai perkaitan dengan matlamat sukatan bahasa Melayu. Hal ini jelas ditunjukkan bahawa dua perkaitan utama di antara Falsafah Pendidikan Guru dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003 saling melengkapi antara satu sama lain. Perkara ini juga membawa kepada usaha-usaha yang terdapat dalam sukatan pembelajaran bahasa Melayu ini untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Guru.

Dalam FPK, pengembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dari aspek JERI amat dititik beratkan. Hal ini bermakna melalui mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek JERI, maka lahirlah masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara sebagai akibat daripada pengembangan potensi diri individu itu sendiri. Manakala, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu 2003 yang ingin melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa, berkomunikasi, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan seharian, jelas kelihatan menunjukkan perkaitan dengan FPK yang mana melalui pengembangan potensi individu secara menyeluruh dalam aspek JERI, maka lahirlah individu yang ingin dibentuk dalam matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu 2003.

Antara usahanya adalah mata pelajaran Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Menurut Abdullah Hassan, 1996, beliau menjelaskan keperluan untuk menguasai bahasa Melayu dari peringkat awal lagi supaya membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Hal ini menunjukkan dalam proses mengembangkan potensi individu, para murid perlu didedahkan dengan penguasaan bahasa Melayu sejak kecil lagi supaya mempermudah kan mereka untuk mengembangkan potensi diri mereka dalam aspek berkomunikasi dan mempermudah kan mereka dalam proses menimba ilmu kerana untuk menguasai satu-satu ilmu mereka perlu mahir dalam berbahasa. Melalui kemahiran tersebut, barulah murid dapat mempelajari ilmu lain kerana berjaya memahami maksud yang tersurat dan tersirat dalam satu-satu ilmu itu.

Dalam masa yang sama, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah turut memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Melayu juga perlu menitikberatkan aspek kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa kerana penguasaan yang mendalam dalam aspek kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa dapat melancarkan lagi cara murid untuk berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan kerana melalui penguasaan kemahiran-kemahiran tersebut, murid dapat berkomunikasi dengan mudah dalam proses mencari ilmu dengan lebih berkesan.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu mengandungi perincian dan penjelasan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Merujuk Roselan Baki, 2003, beliau menyatakan bahawa Huraian Sukatan Pelajaran, dimuatkan dengan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sekali lagi penekanan di buat dalam memenuhi matlamat FPK. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu turut menitikberatkan beberapa kecekapan berbahasa dalam kemahiran-kemahiran yang tersenarai dalam KBSR bagi subjek bahasa Melayu supaya melalui penekanan unsur-unsur ini dalam pengajaran bahasa Melayu, ia membolehkan lagi pengembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu kerana melibatkan aspek-aspek kecekapan berbahasa dan pelbagai kemahiran berbahas yang mana dapat membentuk individu yang seimbang dari aspek JERI melalui pengajaran bahasa Melayu.

Begitu juga dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) yang disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Hal yang demikian menyebabkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan kerana melihat dari aspek kemampuan serta kebolehan murid-murid dalam sekolah tersebut. Tambahan lagi, majoriti murid-murid dalam sekolah jenis kebangsaan sama ada SJKC mahupun SJKT merupakan pelajar bukan Melayu yang mana mereka masuk ke sekolah sedemikian untuk mendalami lagi penguasaan bahasa ibunda mereka. Bagi mereka juga, bahasa Melayu merupakan bahasa kedua selepas bahasa ibunda mereka. Namun begitu, potensi individu turut berkembang selaras dengan matlamat FPK kerana para murid dapat mendalami lagi pemahaman serta penguasaan terhadap bahasa ibunda mereka di samping memperkukuhkan lagi bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Bagi memperkukuhkan lagi usul yang mengatakan terdapat perkaitan di antara Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003 dengan matlamat Falsafah Pendidikan, maka adalah lebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia bagi mencapai matlamat dalam FPK. Berikut merupakan objektif-objektif yang ditekankan setelah murid-murid selesai mengikuti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.
Bagi mencapai matlamat tersebut, beberapa objektif bagi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah rendah 2003 telah dibentuk. Untuk pengetahuan umum, pendidikan di peringkat rendah adalah bertujuan untuk murid menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Di samping itu, penguasaan kemahiran asas berbahasa turut diberi penekanan yang mana merangkumi kemahiran lisan, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur, seterusnya kemahiran membaca dan menulis dalam penggunaan bahasa pengantar sekolah.

Selain itu, objektif sukatan ini turut menekankan penguasaan asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian serta penguasaan asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian. Penguasaan kemahiran belajar, kemahiran berfikir, bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dititikberatkan dalam objektif sukatan pelajaran ini. Dalam sukatan ini juga, murid-murid digalakkan memperoleh ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya kerana melalui usahanya dalam mencari ilmu tambahan, para murid membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri. Hasilnya, murid yang rajin berusaha akan mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap   manusia dan alam sekitar berbanding mereka yang tidak mengambil inisiatif untuk menambah ilmu mereka.

Selanjutnya, objektif Sukatan Pelajaran bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003 juga menekankan penguasaan kemahiran saintifik dan teknikal dalam karangan pelajar serta murid-murid diterapkan agar memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional. Penjagaan kesihatan dan kecergasan diri juga dipentingkan yang  mana para murid juga perlu menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti.
Murid-murid juga diminta untuk menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian  ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam, selain meyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia. Dalam masa yang sama, murid-murid diminta untuk mengembangkan bakat dan kreativiti mereka dalam semua bidang. Pembentukan nilai-nilai dan semangat-semangat patriotisme turut diterapkan dalam objektif sukatan bahasa Melayu 2003 ini. Di samping itu, para murid juga disisipkan dengan nilai-nilai murni agar mereka dapat mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.

Selanjutnya, perkaitan lain yang dapat dilihat adalah dari aspek strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah yang mana menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Perkara ini adalah selaras dengan usaha memenuhi konsep mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun demikian, menurut Roselan Baki, 2003, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid kerana keberkesanan satu-satu pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir.

Perkaitan FPK dengan matlamat Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah 2010

PERKAITAN FPK DENGAN SUKATAN

FPK

SUKATAN KSSR
Memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi,
memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan seharian.

Merujuk jadual di atas, didapati matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003 mempunyai matlamat yang sama dengan Dokumen Standard Sekolah Rendah 2010 kerana Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah 2010 dibentuk adalah hasil penambahbaikan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003. Perbezaannya hanyalah melibatkan cara atau usaha yang diambil untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bagi Dokumen Standard Sekolah Rendah 2010, penekanan terhadap Fokus Kurikulum dititikberatkan yang mana usaha untuk memenuhi matlamat FPK ini dicapai melalui pemantapan sistem pendidikan dengan  pelaksanaan transformasi kurikulum di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah. Hal ini bermakna penekanan dalam mengembangkan potensi individu telah dibuat secara berperingkat sejak mereka berada di bangku sekolah lagi.

Bagi prasekolah, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 3M dan menaakul amat dititikberatkan. Begitu juga pada peringkat sekolah rendah yang dibahagikan kepada pecahan, iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Pada Tahap 1 dari tahun satu hingga tahun tiga, penekanan terhadap kemahiran 3M dan penambahan dalam kemahiran menaakul, kemahiran asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Manakala, bagi Tahap 2 dari tahun empat hingga tahun enam pula, penekanan terhadap pengukuhan dan aplikasi 3M dan menaakul, kemahiran asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dalam Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah 2010, para murid sejak kecil lagi telah diserapkan dengan pelbagai unsur, ilmu, nilai, kemahiran dan sebagainya yang mana mampu untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh pada suatu tahap tertentu. 

Dalam Dokumen Standard Sekolah Rendah lagi, terdapat tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mana kemahiran ini bertujuan untuk memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang menyeluruh dan bersepadu bersesuaian untuk memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Dokumen Standard Sekolah Rendah 2010 amat mementingkan kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK yang mana elemen-elemen ini diterapkan untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi menyelaraskan perkembangan murid-murid dengan perkembangan teknologi dan dunia pada masa kini.

Kerajaan turut menerapkan elemen TMK agar murid-murid mampu untuk mengikuti perubahan arus teknologi dunia yang kian berkembang dengan pesatnya. Hal ini selaras dengan matlamat FPK yang mana ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan mampu memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara suatu masa nanti. Bagi elemen keusahawanan pula, KSSR menerapkan elemen keusahawanan untuk menyediakan para murid bagi bersaing dalam aktiviti keusahawanan yang mana sememangnya sudah diketahui umum bahawa untuk mendapatkan kerja, kebanyakan graduan Universiti terpaksa berasing dengan sengit. Maka, kerajaan telah menyisipkan elemen ini supaya murid-murid apabila dewasa kelak mampu hidup berdikari dan bersaing secara sihat untuk mendapatkan rezeki, sekali gus dapat mengembangkan potensi dan menjadi insan yang sentiasa mencapai kesejahteraan selaras dengan matlamat FPK.

Selanjutnya, bagi elemen kreativiti dan inovasi pula, murid diterapkan dengan nilai-nilai kreativiti yang mana melalui pendedahan dengan kemahiran kreativiti dan inovasi, murid dapat mengembangkan potensi diri untuk mencuba malah membuat sesuatu yang baharu. Perkara ini dapat memberi sumbangan kepada negara pada suatu masa kelak sekiranya para murid terus mengamalkan kemahiran ini sehinggalah mereka dewasa selaras dengan matlamat FPK yang ingin membentuk rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan juga negara.

Dalam masa yang sama, perkaitan matlamat FPK dengan Dokumen Standard Sekolah Rendah 2010 yang jelas turut dapat dilihat melalui bentuk kurikulum transformasi yang diperkenalkan dalam KSSR. Perkara ini memberi penekanan kepada enam aspek dalam pembentukan insan yang seimbang turut selaras dengan matlamat FPK untuk membentuk insan yang seimbang. Aspek yang pertama ialah komunikasi yang mana penggabungjalinan kemahiran bahasa secara dan bukan lisan semasa berinteraksi. Seterusnya, bagi aspek kedua pula meliputi aspek kerohanian, sikap dan nilai yang mana penekanan diberikan pada penghayatan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Selanjutnya, aspek kemanusiaan yang menekankan akan penguasaan ilmu dan amalan tentang masyarakat dan alam sekitar setempat, negara dan global. Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan turut dititikberatkan dalam aspek kemanusiaan ini bagi membentuk rakyat Malaysia yang bertanggungjawab akan keamanan negaranya.

Tambahan lagi, aspek keterampilan diri turut diberi penekanan yang mana melalui aspek ini, pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Hal ini menjamin pembentukan insan yang seimbang dari aspek jasmani kerana penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dapat membentuk insan yang bertanggungjawab kerana di dalam aktiviti kokurikulum, pemupukan kepimpinan dan sahsiah amat dititikberatkan yang mana seseorang individu itu akan terlatih untuk bertanggungjawab ke atas tanggungan atau tugasan yang diberikan kepadanya. Begitu juga dengan aspek pembentukan insan seimbang yang selaras dengan matlamat FPK. Seterusnya ialah perkembangan fizikal dan estetika. Aspek ini juga melibatkan pembentukan insan yang seimbang dari aspek jasmani kerana perkembangan jasmani dan kesihatan diri amatlah dititikberatkan dalam aspek perkembangan fizikal dan estetika ini. Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi menggalakkan lagi pembentukan individu yang seimbang dan mengembangkan lagi potensi diri individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Aspek yang terakhir yang diambil kira dalam pembentukan insan yang seimbang dalam Dokumen Standard Sekolah Rendah 2010 adalah melibatkan aspek sains dan teknologi. Dalam aspek ini, penekanan terhadap pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik dititikberatkan. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik turut ditekankan selaras dengan matlamat FPK yang mana kecergasan pelbagai murid seperti logik matematik diutamakan bagi mengembangkan potensi diri individu dalam pelbagai bidang mengikut kecerdasan pelbagai yang mereka miliki. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi turut diberi keutamaan kerana melalui penguasaan teknologi, murid-murid tidak akan ketinggalan dengan arus perubahan dunia yang kian berkembang maju.