7/2/12

Pembentukan Kata



Kata terbitan ialah bentuk kata baharu sesebuah perkataan yang terhasil dari proses pengimbuhan kata dasar.

Manakala, proses pengimbuhan pula ialah proses mencantumkan imbuhan pada kata dasar dan membentuk kata terbitan.

Imbuhan terdiri daripada morfem terikat ataupun morfem yang tidak boleh berdiri sendiri dan tidak bermakna, sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar(morfem terikat yang bukan imbuhan) seperti:

a
Tapa
Pertapaan
b
Tawa
Ketawa


Imbuhan juga merupakan bentuk yang tidak boleh hadir sendirian dalam ayat dan harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar.

Di samping itu, imbuhan juga boleh terbahagi kepada 4 jenis, iaitu:
a
Awalan, yang hadir sebelum kata dasar.
b
Akhiran, yang hadir sesudah kata dasar.
c
Apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan akhir kata dasar.
d
Sisipan, yang hadir di celah kata dasar.

1.1.1     Kata Terbitan Berawalan

Kata terbitan awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.

a.       Awalan kata nama.
b.      Awalan kata kerja.
c.       Awalan kata adjektif.

Contohnya:
a.       Awalan kata nama
pe-            (pe + sapu = penyapu) dan (pe + lari = pelari)
pem-         (pem + bawa = pembawa) dan (pem + buat = pembuat)
pen-          (pen + cari = pencari) dan (pen + jual = penjual)
peng-        (peng + gali = penggali) dan (peng + ukur = pengukur)
penge-      (penge + bom = pengebom) dan (peng + lap = pengelap)
pel-           (pel + ajar = pelajar)
per-          (per + tapa = pertapa) dan (per + asap = perasap)
pe-            (pe + tani = petani) dan (pe + sawah = pesawah)
ke-            (ke + tua = ketua) dan (ke + kasih = kekasih)
juru-         (juru + wang = juruwang)
maha-       (maha + siswa = mahasiswa)
tata-          (tata + bahasa = tatabahasa)
pra-          (pra + kata = prakata) dan (pra + sejarah = prasejarah)
sub-          (sub + sistem = subsistem)
supra-      (supra + nasional = supranasional)
eka-          (eka + bahasa = ekabahasa)
dwi-          (dwi + bahasa = dwibahasa)






b.      Awalan kata kerja
me-           (me + rasa = merasa) dan (me + lawan = melawan)
mem-        (mem + bawa = membawa)
men-         (men + daki = mendaki)
meng-       (meng + gali = menggali)
menge-     (menge + cat = mengecat)
memper-  (memper + luas = memperluas)
ber-          (ber + serta = berserta)
be-            (be + rasa = berasa ) dan (be + rupa = berupa)
bel-           (bel + ajar = belajar)
ter-           (ter + bentuk = terbentuk)
di-            (di + atur = diatur) dan (di + susun = disusun)
diper-       (diper + cepat = dipercepat)

c.       Awalan kata adjektif
ter-           (ter + jernih = terjernih)
te-            (te + ringan = teringan) dan (te + rendah = terendah)
se-            (se + cantik = tercantik) dan (se + tebal = setebal)

1.1.2     Kata Terbitan Berakhiran

Kata terbitan berakhiran hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan.

a.       Akhiran kata nama.
b.      Akhiran kata kerja.


Contohnya:
a. Akhiran kata nama
-an                 (pakai + an = pakaian) dan (manis + an = manisan)
-wan              (sastera + wan = sasterawan)
-man              (seni + man = seniman) dan (budi + man = budiman)
-wati              (seni + wati = seniwati)
-isme              (sosial + isme = sosialisme)
-in                  (hadir + in = hadirin)
-at                  (hadir + at = hadirat)
-ah                 (ustaz + ah = ustazah)

b. Akhiran kata kerja
-kan               (cari + kan = carikan) dan (kecil + kan = kecilkan)
-i                    (temu + i = temui) dan (jumpa + i = dijumpai)

1.1.3     Kata Terbitan Berapitan

Kata terbitan apitan hanya wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.

a.       Apitan kata nama.
b.      Apitan kata kerja.
c.       Apitan kata adjektif.

Contohnya:
a.       Apitan kata nama
pe-...-an         (pe-...-an + rasa = perasaan)
pem-...-an      (pem-...-an + bina = pembinaan)
pen-...-an       (pen-...-an + dapat = pendapatan)
peng-...-an     (peng-...-an + air = pengairan)
penge-...-an    (penge-...-an + had = pengehadan)
pe-...-an         (pe-...-an + sisir = pesisiran)


per-...-an        (per-...-an + salin = persalinan)  
pel-...-an        (pel-...-an + ajar = pelajaran)
ke-...-an         (ke-...-an + duka = kedukaan)

b.      Apitan kata kerja
me-...-kan            (me-...-kan + main = memainkan)
men-...-kan          (men-...-kan + derma = mendermakan)
mem-...-kan         (mem-...-kan + variasi = memvariasikan)
meng-...-kan        (meng-...-kan + guna = menggunakan)
menge-...-kan      (menge-...-kan + luar = mengeluarkan)
ber-...-kan           (ber-...-kan + lauk = berlaukkan)
ber-...-an             (ber-...-an + jauh = berjauhan )
di-...-kan             (di-...-kan + nama = dinamakan)
me-...-i                (me-...-i + masuk = memasuki)
men-...-i              (men-...-i + ziarah = menziarahi)
mem-...-i             (mem-...-i + bohong = membohongi)
meng-...-i            (meng-...-i + ekor = mengekori)
di-...-i                  (di-...-i + dekati = didekati)
diper-...-kan        (diper-...-kan + lihat = diperlihatkan)
diper-...-i             (diper-...-i + baharu = diperbaharui)
memper-...-kan   (memper-...-kan + sembah = mempersembahkan)
memper-...-i        (memper-...-i + ingat = memperingati)
ke-...-an               (ke-...-an + haus = kehausan)

c.       Apitan kata adjektif
ke-...-an        (ke-...-an + cina = kecinaan)


1.1.4     Kata Terbitan Bersisipan

Kata terbitan tidak lagi dibentuk menggunakan imbuhan sisipan kerana bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan-perkataan lain kecuali istilah yang baharu dicipta.

Kata terbitan sisipan dapat wujud dalam:
a.       Kata nama.
b.      Kata adjektif.
c.       Kata kerja.

Contohnya:
a.       Sisipan kata nama
-el-      (-el- + tunjuk = telunjuk)
-er-     (-er- + kuping + keruping)

b.      Sisipan kata adjektif
-el-      (selerak)
-er-     (gerodak)
-em-    (gemilang)
-in-     (sinambung)

c.       Sisipan kata kerja
-el-      (jelajah)



Kata majmuk ialah proses yang mencantumkan dua kata dasar atau lebih dan menghasilkan satu makna yang khusus.

Selain itu, kata majmuk juga dieja secara terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Seterusnya, kata majmuk juga boleh dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu:

a.       Kata majmuk yang terdiri daripada  rangkaian kata bebas
Contohnya:
Nasi minyak
Tengah hari
Tengah malam
Luar biasa
Kuning langsat

ΓΌ  Kata majmuk ini juga digunakan sebagai gelaran
Contohnya:
Perdana Menteri
Ketua Menteri
Raja Muda

b.      Kata majmuk yang berbentuk istilah
Contohnya:
 Hak milik
Pita suara
Darah panas
Cari gali
Kertas kerja

c.       Kata majmuk yang membawa maksud kiasan(simpulan bahasa)
Contohnya:
Kaki ayam
Tumbuk rusuk
Berat tulang
Kaki bangku
Anak emas


1.3.1 Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap

Ada sebilangan bentuk kata majmuk yang sudah mantap bentuknya sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun perkataan tersebut mengandungi dua kata dasar.

Selain itu, bentuk kata majmuk yang sudah mantap ini juga dieja bercantum sebagai satu perkataan.


Contohnya:
Antarabangsa
Pesuruhjaya
Setiausaha
Tandatangan
Sukarela
Tanggungjawab
Warganegara
Matahari
Olahraga
Kerjasama
Kakitangan
Jawatankuasa
Bumiputera

Beritahu
Suruhanjaya

Disamping itu, terdapat juga sebilangan perkataan yang bukan kata majmuk dieja bercantum kerana tergolong dalam golongan kata yang secara lazimnya dieja secara bercantum.

Contohnya:
a.       Kata nama
Peribahasa
Perikemanusiaan

b.      Kata adjektif
Sukacita
Dukacita

c.       Kata sendi nama
Kepada
Daripada

d.      Kata hubung
Barangkali
Manakala
Padahal

e.       Kata Tanya
Kenapa
Bagaimana


1.3.2  Penggandaan Kata Majmuk

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.

Contohnya:
Balai-balai raya
Garis-garis pusat
Model-model linear
Menteri-menteri besar
Naib-naib canselor

Manakala, penggandaan kata majmuk yang melibatkan unsur yang telah mantap adalah satu pengecualian kerana penggandaannya melibatkan seluruh unsur.

Contohnya:
Setiausaha-setiausaha
Kakitangan-kakitangan
Warganegara-warganegara
Pesuruhjaya-pesuruhjaya


1.3.3  Pengimbuhan Kata Majmuk

Kata majmuk boleh menjadi kata terbitan setelah menerima proses pengimbuhan. Pengimbuhan ini terdapat dalam dua bentuk, iaitu:

a.        Apabila kata majmuk menerima imbuhan, sama ada imbuhan awalan atau imbuhan akhiran, ejaannya tetap terpisah.
Contohnya:
Lari-lari              >            berlari-lari(imbuhan awalan)
Temu bual         >           ditemu bual( imbuhan awalan)
Daya serap       >           daya serapan(imbuhan akhiran)

b.      Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum.
Contohnya:
Satu padu       >         menyatupadukan (men-...-kan + satu padu)
Hubung kait    >         menghubungkaitkan (meng-...-kan + hubung kait)
Urusniaga       >         diurusniagakan (di-...-kan + urus niaga)


1.3       BENTUK KATA GANDA

Proses pembentukan kata bagi bentuk kata ganda merupakan proses yang melibatkan penggandaan kata dasar.

Dalam proses, kata dasar boleh mengalami penggandaan separa atau penggandaan penuh dan kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.

Kata ganda juga tergolong dalam tiga jenis penggandaan yang utama, iaitu:

a.       Penggandaan separa.
b.      Penggandaan penuh.
c.       Penggandaan berentak.

1.3.1     Penggandaan Separa

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasarnya boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan.

a.       Penggandaan separa kata tunggal.
Laki        >       lelaki
Tikus      >       tetikus
Siku       >       sesiku


b.      Penggandaan separa kata berimbuhan.
                                                                    i.            Dengan awalan
Kata kerja:
ber-             -    berlari-lari dan berkata-kata.
ter-              -    tersenyum-senyum.
di-               -    dimarah-marah.
meN-           -    mencari-cari atau cari mencari.

Kata adjektif:
se-              -    serendah-rendah

                                                                  ii.            Dengan akhiran
Kata nama:
-an              -    kenang-kenangan

Kata kerja: 
-kan           -     doa-doakan
-I                -     amat-amati

                                                                iii.            Dengan apitan
Kata kerja:         
ber-…-an            -  bersalam-salaman
meN-…-kan        -  meninggi-ninggikan
meN-…-I             -  mengulang-ulangi
di-…-kan            - dimanja-manjakan
di-…-i                 - dimarah-marahi

Kata adjektif
Ke-…-an           - kekuning-kuningan                


Penggandaan penuh merupakan proses menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.

Contohnya:
a.         Penggandaan penuh kata tunggal
Rumah-rumah
Batu-batu
Buku-buku
Cerpen-cerpen

b.      Penggandaan penuh kata berimbuhan
                                            I.            Dengan awalan:
Ketua-ketua
Pelatih-pelatih

                                         II.            Dengan akhiran:
Ajaran-ajaran
Jualan-jualan

                                       III.            Dengan apitan:
Permainan-permainan
Kementerian-kementerian 

1.3.3     Penggandaan Berentak

Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut bunyi tertentu dalam kata dasar. Tambahan lagi, keseluruhan kata dasar akan digandakan serta bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.

Contohnya:
a.       Penggandaan berentak pengulangan vokal.
b.      Penggandaan berentak pengulangan konsonan.
c.       Penggandaan berentak bebas.


1.4.3.1 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal

Penggandaan ini mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal, iaitu:
a.      Kata nama
Kuih-muih.
Lauk-pauk.

b.      Kata kerja
Cerai-berai.
Gotong-royong.

c.       Kata adjektif
Hiruk-pikuk.


Penggandaan berentak pengulangan konsonan merupakan penggandaan yang mempunyai ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu.

Contohnya:
a.      Kata nama
Batu-batan
Suku-sakat

b.      Kata kerja
Mundar-mandir
Huyung-hayang

c.       Kata adjektif
Huru-hara
Kucar-kacir

1.4.3.3 Penggandaan Berentak Bebas

Penggandaan berentak bebas ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan huruf vokal atau huruf konsonan.

Contohnya:
a.      Kata nama
Anak-pinak
Ipar-lamai

b.      Kata kerja
Ulang-alik 

c.       Kata adjektif
Remeh-temeh
Lintang-pukang