7/2/12

Proses Pembentukan Kata



PROSES PEMBENTUKAN KATA

Terbahagi kepada beberapa bentuk seperti:
a.       Bentuk kata tunggal.
b.      Bentuk kata terbitan.
c.       Bentuk kata majmuk.
d.      Bentuk kata ganda.



Kata tunggal ialah perkataan yang tidak mengalami sebarang proses penggandaan dan perangkaian kata. Selain itu, kata tunggal juga tidak menerima sebarang penambahan imbuhan pada katanya sama ada imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan.

Tambahan lagi, kata tunggal juga terbahagi kepada beberapa jenis kata tunggal seperti kata tunggal satu suku kata, kata tunggal dua suku kata, kata tunggal tiga suku kata serta kata tunggal empat suku kata dan lebih.

Dalam masa yang sama, kata tunggal juga boleh diperluaskan atau dikembangkan membentuk kata terbitan setelah kata tunggal menerima sebarang proses pengimbuhan, proses penggandaan dan proses pemajmukan.

Dalam pembentukan kata tunggal, sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal(V) disertai satu konsonan(K), satu vokal(V) sahaja atau satu vokal(V) dengan beberapa konsonan(K).

  Konsonan-konsonan itu hadir dengan beberapa konsonan sama ada hadir di hadapan dan di belakang vokal atau secara serentak di hadapan dan belakang serta ada juga konsonan yang boleh hadir secara bergugus(KK).


 1.1.1 Kata Tunggal Satu Suku Kata

Perkataan yang terbentuk dari kata tunggal satu suku kata adalah amat terhad jumlahnya. Sebilangannya adalah kata pinjaman daripada bahasa asing seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Selain itu, terdapat juga sebilangan kata tunggal satu suku yang tidak dianggap perkataan satu suku kata. Perkataan ini terbentuk hasil daripada kependekkan perkataan tunggal dua suku kata seperti kau untuk engkau, aku untuk ku, tu untuk itu dan sebagainya.

Pola gabungan konsonan – vokal dalam perkataan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

a
KV
b
VK
c
KVK
d
KKVK
e
KVKK
f
KKKV
g
KKKVK


Contohnya:
Rajah 1.1.1.1 Bentuk Kata Satu Suku Kata.

Bil.

Bentuk Kata

Contoh 1

Contoh 2

Contoh 3
a.
KV
Ya
Yu
Ru
b.
VK
Am
-
-
c.
KVK
Bin
Sen
Cat
d.
KKVK
Gred
Stor
 Krim
e.
KVKK
Zink
Teks
 Golf
f.
KKKV
Bank
Volt
-
g.
KKKVK
Skrip
Spring
Straw

Pola-pola yang mengandungi gugusan konsonan seperti yang terdapat dalam contoh  d, e, f dan g ialah bahasa Melayu yang terbentuk akibat proses pengambilan perkataan daripada bahasa-bahasa asing seperti bahasa Inggeris.


1.1.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata

Kata tunggal dua suku kata merupakan sebahagian besar perkataan yang terdapat dalam perkataan bahasa Melayu.

Pola-pola bentuk kata dua suku kata adalah seperti yang berikut:
a
V + KV
b
V + VK
c
V + KVK
d
VK + KV
e
VK + KVK
f
KV + V
g
KV + VK
h
KV + KV
i
KV + KVK
j
KVK + KV
k
KVK + KVK

Contohnya:
Rajah 1.1.2.1 Bentuk Kata Dua Suku Kata.
Bil.
Bentuk Kata
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
a.
V + KV
Ibu
Aku
Itu
b.
V + VK
Air
Ais
-
c.
V + KVK
Ulat
Ekor
Emas
d.
VK + KV
Undi
Inti
Asli
e.
VK + KVK
Ambil
Ombak
Indah
f.
KV + V
Dia
Sia
Tua
g.
KV + VK
Jauh
Kuih
Diam
h.
KV + KV
Kita
Buku
Suka
i.
KV + KVK
Pukul
Kapal
Telur
j.
KVK + KV
Janji
Lampu
Bangsa
k.
KVK + KVK
Sandar
Jemput
Sunting


1.1.3 Kata Tunggal Tiga Suku Kata

Kata tunggal tiga suku agak sedikit dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata. Kebanyakanya kata ini merupakan perkataan-perkataan pinjaman. Namun begitu, kata tunggal tiga suku kata ini mempunyai pola-pola susunan konsonan – vokal yang agak banyak.


a
KV + V + KV
b
KV + V + KVK
c
V + KV + V
d
KV + KV + V
e
KVK + KV + V
f
KV + KV + VK
g
KVK + KV + VK
i
V + KV + KVK
j
VK + KV + KV
k
KV + KV + KV
l
KVK + KV + KV
m
VK + KV + VK
n
V + KV + VK
o
KV + KV + KVK
p
KVK + KV + KVK
q
KV + KVK + KV
r
KVK + KVK + KV
s
KV + KVK + KVK
t
V + KV + KV

Contohnya:
Rajah 1.1.3.1 Bentuk Kata Tiga Suku Kata.
Bil.
Bentuk Kata
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
a.
KV + V + KV
Niaga
Biola
Tuala
b.
KV + V + KVK
Kiamat
Biawak
Siasat
c.
V + KV + V
Usia
Idea
-
d.
KV + KV + V
Setia
Deria
Semua
e.
KVK + KV + V
Mentua
-
-
f.
KV + KV + VK
Seluar
Maruah
Sekian
g.
KVK + KV + VK
Berlian
Mendiang
-
h.
V + KV + KV
Usaha
Udara
Utama
i.
V + KV + KVK
Ibarat
Alamat
Ijazah
j.
VK + KV + KV
Asrama
Almari
-
k.
KV + KV + KV
Teruna
Budaya
-
l.
KVK + KV + KV
Mentega
Misteri
Menteri
m.
VK + KV + VK
Ikhtiar
Ilmiah
-
n.
V + KV + VK
Elaun
Akaun
-
o.
KV + KV + KVK
Binatang
Belukar
Belalang
p.
KVK + KV + KVK
Cendawan
Tempurung
Matlamat
q.
KV + KVK + KV
Keranda
Terumbu
Belanja
r.
KVK + KVK + KV
Sempurna
-
-
        s.
KV + KVK + KVK
Kelompok
Telanjang
Pelantar



Sama seperti bentuk kata tunggal yang lain, bentuk kata tunggal empat suku kata dan lebih ini juga kebanyakannya berasal dari kata pinjaman. Hanya sebilangan kecil sahaja kata yang terbentuk dalam bentuk kata tunggal empat suku kata dan lebih.

Pola-pola bentuk kata empat suku kata dan lebih adalah seperti yang berikut:
a
KV + KV + VK + KV
b
KV + KVK + KV + KV
c
KVK + KV + KV + KV
d
KVK + KV + V + KV
e
KV + KV + KV + KV
f
KV + KV + KV + KVK
g
KVK + KV + KV + KVK
h
KVK + KVK + KV + KV
i
KV + KV + V + KVK
j
V + KV + KVK + KV + KV
k
KVK + KV + KV + KV + KVK
l
KV + KV + KV + KV + KV + KV


Contohnya:
Rajah 1.1.4.1 Bentuk Kata Empat Suku Kata dan Lebih.
Bil.
Bentuk Kata
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
a.
KV + KV + VK + KV
Keluarga
-
-
b.
KV + KVK + KV + KV
Sejahtera
Sederhana
Peristiwa
c.
KVK + KV + KV + KV
Laksamana
Bendahari
Bendahara
d.
KVK + KV + V + KV
Sentiasa
-
-
e.
KV + KV + KV + KV
Selesema
Serigala
Bidadari
f.
KV + KV + KV + KVK
Kapitalis
Munasabah
Kelemumur
g.
KVK + KV + KV + KVK
Sentimeter
-
-
h.
KVK + KVK + KV + KV
Singgahsana
-
-
i.
KV + KV + V + KVK
Nasional
Mesyuarat
-
j
V + KV + KVK + KV + KV
Universiti
-
-
k.
KVK + KV + KV + KV + KVK
Cenderawasih
Kosmopolitan
-
l.
KV + KV + KV + KV + KV + KV
Maharajalela
-
-


1.1.5 Akronim

Kata akronim ialah singkatan yang terbentuk melalui gabungan huruf awal suku kata dan suku kata dari satu rangkai kata. Dalam masa yang sama, akronim juga boleh ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.

Kata akronim juga tergolong dalam kata tunggal dan boleh ditulis dengan tiga cara, bergantung pada cara pembentukan akronim tersebut.

Cara yang pertama ialah akronim yang terbentuk dari gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata. Oleh itu, kata akronim yang terbentuk pada awalnya kata nama khas akan dieja dengan huruf besar. Sebagai contoh:


a
Bernama
Berita Nasional Malaysia.
b
Perkeso
Pertubuhan Keselamatan Sosial.
c
Mara 
Majlis Amanah Rakyat.


Di samping itu, kedua adalah akronim yang terbentuk dari gabungan beberapa huruf awal rangkai kata  yang lazimnya terdiri dari kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar keseluruhannya. Sebagai contoh:

a
SMK
Sekolah Menengah Kebangsaan.
b
SK
Sekolah Kebangsaan.

Selanjutnya, cara yang terakhir atau ketiga adalah akronim yang terbentuk dengan gabungan suku kata dengan suku kata dan ditulis dengan huruf kecil pada keseluruhannya kerana perkataan yang terbentuk bukan kata nama khas. Sebagai contoh:

a
Tabika
Taman bimbingan kanak-kanak.
b
Cerpen
Cerita pendek.


Dalam kata lain, kata akronim merupakan satu proses pemendekan dan penggabungan untuk membentuk kata serta mempunyai potensi dalam bahasa Melayu.

Tambahan lagi, pembentukan kata akronim tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Hal tersebut menyebabkan pembentukan kata akronim adalah agak longgar.

Seterusnya, proses pembentukan tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.