7/8/11

Pengenalan Bahasa Melayu

Bahasa melayu menjadi bahasa kebanggaan rakyat Malaysia kerana pada suatu masa dahulu, semasa Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan dalam semua aktiviti perdagangan dan  juga dikenali sebagai “lingua franca”.

Perkembangan bahasa didorong oleh dua faktor, iaitu faktor penghijrahan dan faktor penjajahan kuasa luar. Bagi penghijrahan, berlaku apabila sesuatu bangsa itu berhijrah dari satu tempat. Jika bangsa tersebut berhijrah menyeberangi dan merentasi wilayah yang luas, maka luaslah kawasan penyebaran bahasa tersebut.

Pengararuh-pengaruh bahasa asing seperti bahasa inggeris dan bahasa lain adalah disebabkan oleh penjajahan kuasa luar pada negara tersebut.

Dengan ini, wujudlah sistem bahasa yang akan membuat susunan dan penggunaan laras bahasa itu tersusun dan mudah difahami. Dalam masa yang sama, wujudlah sebuah negara Malaysia yang aman damai dan harmoni ini adalah kerana sikap toleransi antara semua kaum  sehingga bahasa Melayu telah menjadi medium perpaduan dan penyatuan masyarakat.