1. PERKAITAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DENGAN MATLAMAT SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 2003.
Berdasarkan Huraian Matlamat Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003, terdapat beberapa matlamat utama
yang cuba dicapai dalam pelaksanaan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah 2003, iaitu kurikulum bahasa Melayu ini ditubuhkan bertujuan untuk
melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk
memenuhi keperluan ini untuk memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan
harian.
Bersesuaian dengan itu, melalui hasil kajian,
didapati bahawa pembentukan matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah 2003 sangat dipengaruhi oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Pendek kata, sukatan bahasa Melayu ini dibentuk dengan mengambil kira matlamat
daripada matlamat FPK yang mana terdapat
saling perkaitan di antara FPK dengan matlamat sukatan bagi subjek bahasa Melayu
tersebut.
PERKAITAN FPK DENGAN KURIKULUM SUKATAN
BAHASA Melayu SEKOLAH RENDAH 2003
|
|
FPK
|
KURIKULUM SUKATAN BAHASA Melayu
SEKOLAH RENDAH 2003
|
Memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
|
Melengkapkan
murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi,
memperoleh
ilmu, perhubungan sosial dan urusan seharian.
|
Merujuk jadual di atas, didapati sememangnya
Falsafah Pendidikan Guru mempunyai perkaitan dengan matlamat sukatan bahasa
Melayu. Hal ini jelas ditunjukkan bahawa dua perkaitan utama di antara Falsafah
Pendidikan Guru dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003 saling
melengkapi antara satu sama lain. Perkara ini juga membawa kepada usaha-usaha
yang terdapat dalam sukatan pembelajaran bahasa Melayu ini untuk mencapai
matlamat Falsafah Pendidikan Guru.
Dalam FPK, pengembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dari aspek JERI
amat dititik beratkan. Hal ini bermakna melalui mengembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek JERI, maka lahirlah masyarakat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
sebagai akibat daripada pengembangan potensi diri individu itu sendiri.
Manakala, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu 2003 yang ingin melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa, berkomunikasi, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan
urusan seharian, jelas kelihatan menunjukkan perkaitan dengan FPK yang mana
melalui pengembangan potensi individu secara menyeluruh dalam aspek JERI, maka
lahirlah individu yang ingin dibentuk dalam matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu 2003.
Antara usahanya adalah mata pelajaran Bahasa
Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Menurut Abdullah
Hassan, 1996, beliau menjelaskan keperluan untuk menguasai bahasa Melayu dari
peringkat awal lagi supaya membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba
ilmu pengetahuan. Hal ini menunjukkan dalam proses mengembangkan potensi
individu, para murid perlu didedahkan dengan penguasaan bahasa Melayu sejak
kecil lagi supaya mempermudah kan mereka untuk mengembangkan potensi diri
mereka dalam aspek berkomunikasi dan mempermudah kan mereka dalam proses
menimba ilmu kerana untuk menguasai satu-satu ilmu mereka perlu mahir dalam
berbahasa. Melalui kemahiran tersebut, barulah murid dapat mempelajari ilmu
lain kerana berjaya memahami maksud yang tersurat dan tersirat dalam satu-satu
ilmu itu.
Dalam masa yang sama, Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah turut memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa
dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan
bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan
sintaksis bahasa Melayu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penguasaan bahasa
Melayu juga perlu menitikberatkan aspek kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa
kerana penguasaan yang mendalam dalam aspek kemahiran asas berbahasa dan
tatabahasa dapat melancarkan lagi cara murid untuk berkomunikasi dan menimba
ilmu pengetahuan kerana melalui penguasaan kemahiran-kemahiran tersebut, murid
dapat berkomunikasi dengan mudah dalam proses mencari ilmu dengan lebih
berkesan.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu mengandungi
perincian dan penjelasan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Merujuk Roselan Baki, 2003, beliau menyatakan bahawa Huraian Sukatan
Pelajaran, dimuatkan dengan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan,
peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan
murid. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sekali lagi penekanan di buat dalam
memenuhi matlamat FPK. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu turut
menitikberatkan beberapa kecekapan berbahasa dalam kemahiran-kemahiran yang
tersenarai dalam KBSR bagi subjek bahasa Melayu supaya melalui penekanan
unsur-unsur ini dalam pengajaran bahasa Melayu, ia membolehkan lagi
pengembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu kerana melibatkan
aspek-aspek kecekapan berbahasa dan pelbagai kemahiran berbahas yang mana dapat
membentuk individu yang seimbang dari aspek JERI melalui pengajaran bahasa
Melayu.
Begitu juga dalam Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) yang disempurnakan
dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Hal
yang demikian menyebabkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C)
dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai
kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan
kata yang dicadangkan kerana melihat dari aspek kemampuan serta kebolehan
murid-murid dalam sekolah tersebut. Tambahan lagi, majoriti murid-murid dalam
sekolah jenis kebangsaan sama ada SJKC mahupun SJKT merupakan pelajar bukan
Melayu yang mana mereka masuk ke sekolah sedemikian untuk mendalami lagi penguasaan
bahasa ibunda mereka. Bagi mereka juga, bahasa Melayu merupakan bahasa kedua
selepas bahasa ibunda mereka. Namun begitu, potensi individu turut berkembang
selaras dengan matlamat FPK kerana para murid dapat mendalami lagi pemahaman
serta penguasaan terhadap bahasa ibunda mereka di samping memperkukuhkan lagi
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Bagi memperkukuhkan lagi usul yang mengatakan
terdapat perkaitan di antara Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
2003 dengan matlamat Falsafah Pendidikan, maka adalah lebih elok bagi kita
melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal
oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia bagi mencapai matlamat dalam
FPK. Berikut merupakan objektif-objektif yang ditekankan setelah murid-murid
selesai mengikuti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.
Bagi
mencapai matlamat tersebut, beberapa objektif bagi Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah rendah 2003 telah dibentuk. Untuk pengetahuan umum, pendidikan
di peringkat rendah adalah bertujuan untuk murid menguasai bahasa Melayu sesuai
dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Di
samping itu, penguasaan kemahiran asas berbahasa turut diberi penekanan yang
mana merangkumi kemahiran lisan, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur, seterusnya kemahiran membaca dan menulis dalam penggunaan bahasa
pengantar sekolah.
Selain
itu, objektif sukatan ini turut menekankan penguasaan asas yang kukuh dalam
kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian serta
penguasaan asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam
menyelesaikan masalah harian. Penguasaan kemahiran belajar, kemahiran berfikir,
bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
turut dititikberatkan dalam objektif sukatan pelajaran ini. Dalam sukatan ini
juga, murid-murid digalakkan memperoleh ilmu pengetahuan dan berusaha
menambahnya kerana melalui usahanya dalam mencari ilmu tambahan, para murid membina
daya kepimpinan dan daya keyakinan diri. Hasilnya, murid yang rajin berusaha
akan mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar berbanding mereka
yang tidak mengambil inisiatif untuk menambah ilmu mereka.
Selanjutnya,
objektif Sukatan Pelajaran bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003 juga menekankan
penguasaan kemahiran saintifik dan teknikal dalam karangan pelajar serta
murid-murid diterapkan agar memahami, meminati, menikmati dan menyertai
aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan
nasional. Penjagaan kesihatan dan kecergasan diri juga dipentingkan yang mana para murid juga perlu menguasai
kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan
produktiviti.
Murid-murid
juga diminta untuk menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami
pengertian ayat-ayat tertentu dalam
Al-Quran bagi murid Islam, selain meyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal
ibadat dan mengamalkan akhlak mulia. Dalam masa yang sama, murid-murid diminta
untuk mengembangkan bakat dan kreativiti mereka dalam semua bidang. Pembentukan
nilai-nilai dan semangat-semangat patriotisme turut diterapkan dalam objektif
sukatan bahasa Melayu 2003 ini. Di samping itu, para murid juga disisipkan
dengan nilai-nilai murni agar mereka dapat mengamalkan sikap dan perlakuan yang
berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.
Selanjutnya, perkaitan lain yang dapat
dilihat adalah dari aspek strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di
peringkat sekolah rendah yang mana menekankan penggabungjalinan, penyerapan,
penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Perkara ini adalah selaras dengan usaha
memenuhi konsep mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun demikian, menurut Roselan Baki,
2003, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar
yang sesuai dengan kebolehan murid kerana keberkesanan satu-satu pengajaran dan
pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan
bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi,
berinteraksi dan berfikir.