7/8/11

Diftong Bahasa Melayu

Terdapat tiga jenis diftong standard dalam bahasa Melayu, iaitu [ay], [aw] dan [oy]. Manakala, dalam otografi bahasa Melayu pula, diftong dilambangkan kepada tiga jenis, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Sebagai contoh, perkataan aising, lampau dan boikot.

Dalam perkataan asli bahasa Melayu pula, diftong hanya terdapat pada suku kata kedua atau suku kata akhir bagi suku kata terbuka. Dalam keadaan lain pula, kedudukan diftong [ai] dab [au] boleh berlaku di awal, tengah dan akhir perkataan, manakala diftong [oi] hanya terhad pada suku kata terbuka akhir perkataan sahaja.

Dalam bahasa Melayu lagi, diftong dianggap sebagai satu suku kata yang dilambangkan oleh dua fonem vokal tetapi disebut sebagai satu bunyi. Diftong juga mempunyai puncak kelantangan dan cirri geluncuran dalam membunyikannya, iaitu lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan seperti hendak membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan kearah membunyikan vokal yang lain.


Penyebaran fonem diftong dalam bahasa Melayu dapat ditunjukkan dalam jadual di bawah. 

Jenis
Kedudukan Diftong
Diftong
Awal
Tengah
Akhir
/ai/
/aising/
/ghairah/
/pandai/
/au/
/aurat/
/daulat/
/kalau/
/oi/
-
/boikot/
/amboi/


Diftong dalam bahasa Melayu disebut dengan bunyi vokal pertamanya lebih nyaring, lebih panjang dan lebih tekanannya daripada bunyi vokal yang kedua.

Selain itu, diftong boleh dibahagi kepada dua jenis, iaitu diftong naik atau diftong turun. Diftong naik adalah diftong yang bunyi vokal keduanya disebut lebih kuat atau nyaring, lebih panjang dan tekanan vokalnya lebih daripada tekanan vokal pertama.

Manakala, diftong turun pula ialah bunyi vokal pertamanya disebut lebih nyaring, lebih panjang dan lebih tekanannya daripada vokal kedua.