7/8/11

Pengenalan Bahasa Melayu 2 (Sistem Ejaan Jawi dan Linguistik)

         Kemunculan sistem tulisan Jawi sangat terkenal pada zaman dahulu , terutama pada zaman Kesultanan Melayu  sehingga tulisan Jawi dijadikan  bahasa perantaraan dan system tulisan pada zaman itu. Sehinggalah kemunculan  penjajah yang cuba untuk mengganggu kemartabatan sistem tulisan Jawi ini. 

        Begitu juga dengan permulaan zaman linguistik yang dipercayai mula berkembang di Eropah. Sejak itu, ilmu dialektologi telah muncul sebagai satu pendekatan yang disarankan untuk membuktikan teori-teori linguistik tersebut adalah benar. Kini, hasil-hasil penyelidikan dialek sosial merupakan tentangan yang kuat untuk menghurai logik-semantik yang telah wujud tetapi tidak menghiraukan faktor-faktor penggunaan. Turut menyokong, (Carden 1973) lalu memberi cadangan supaya data-data perbezaan dialek yang dihasilkan dalam penyusunan tatabahasa perbandingan harus diterima sebagai pedoman penilaian rumus tatabahasa generatif.

          Begitu juga dengan laras bahasa dan kesantunan berbahasa yang amat penting dalam masyarakat kerana dapat dijadikan sebagai kayu ukur keperibadian yang baik seseorang individu.