7/8/11

Teori Kedatangan Bahasa Melayu

Asal usul perkataan Melayu:
Sebagai mukadimah, ada baiknya sekiranya dikaji asal usul perkataan bahasa Melayu itu dahulu kerana melalui perkataan “Melayu” wujudnya bahasa Melayu.

Antara tanda-tanda perkataan Melayu dibuktikan kehadirannya ialah melalui catatan seorang rahib Buddha bernama I’tsing yang berasal dari Cina. Beliau menggunakan perkataan mo-lo-yu terhadap dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi.

Menurut catatan orang Cina, terdapat juga sebuah kerajaan Mo-lo-yeu yang mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar tahun 644 Masihi sehingga 645 Masihi melalui kiriman utusan ke Negara Cina. Dalam masa yang sama, lokasi kerajaan ini tidak dapat dipastikan sehingga ada yang mengatakan bahawa kerajaan ini terletak di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan kerajaan ini di terletak di Jambi, Sumatera.

Tidak kurang juga ada yang mempercayai kerajaan mo-lo-yeu pada asalnya berpusat di Jambi, Sumatera, iaitu sebatang sungai yang dinamakan “Sungai Melayu” yang mengalir deras.

Manakala dalam bahasa Jawa kuno pula, perkataan Mlayu bermaksud berlari atau mengembara yang dikaitkan dengan orang Indo-Melayu(Austronesia) yang bergerak ke yunan.    

Perkataan Malayu juga telah dijumpai di bahagian belakang sebuah patung yang ditemui di Padang Rocore di kawasan Sungai Batanghari(Sumatera Selatan) yang  bertarikh 1286 M.


Bukti-bukti kewujudan bahasa Melayu

 Bukti-bukti kewujudan bahasa Melayu adalah seperti penemuan Batu Bersurat Talang Tuwo yang ditemui di Palembang pada tahun 648 Masihi, Batu Bersurat Kota Kapur yang ditemui di Pulau Bangka sekitar tahun 686 Masihi, Batu Bersurat Karang Brahi pada tahun 686 Masihi di daerah Hulu Jambi dan yang terakhir Batu Bersurat Kedukan Bukit yang ditemui di Palembang pada tahun 683 Masihi.
Etimologi
Menurut etimologi yang bermaksud kajian tentang asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan itu. Terdapat beberapa pendapat tentang istilah melayu dari segi etimologi.
Pendapat yang pertama, merujuk Zuber Osman yang mengatakan perkataan melayu berasal daripada Malaya yang merupakan ringkasan daripada perkataan “Hima Alaya”, iaitu perkataan ‘alaya’ yang membawa maksud tempat bersalji. Kesimpulannya, menurut pendapat orang pertama, beliau mempercayai orang melayu berasal dari pergunungan Himalaya.
Perkataan “malayapura” yang membawa maksud “kota melayu” atau “kerajaan melayu” diambil dari Batu Bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera Barat menyebabkan perkataan melayu dikatakan berasal daripada perkataan “malaypura”.
Bangsa
Manakala, istilah Melayu yang merujuk kepada bangsa melayu dapat dilihat dari dua sudut, iaitu sudut pandangan yang luas dan sudut pandangan yang sempit.




Pengertian Bahasa Melayu

UNESCO telah mencadangkan agar pengertian perkataan Melayu diperluaskan pada tahun 1972. Melalui cadangan ini, penggunaan nama Melayu bagi merujuk suku bangsa di Semenanjung termasuk orang Melayu di Thailand, Indonesia dan Madagascar telah diperkenalkan.

Manakala pengertian bahasa Melayu dalam buku yang bertajuk “Susun Galur Bahasa Melayu” menurut ahli bahasanya, iaitu Profesor Asmah Haji Omar dari negara kita pula, mengatakan perkataan Melayu merangkumi bangsa Austronesia(Gugusan Pulau Melayu termasuk Indonesia) kerana penggunaannya yang meluas. Melalui pengertian perkataan Melayu sedemikian, maka timbulah hasrat membentuk “Melayu Raya”, iaitu percantuman Tanah Melayu dan Indonesia di kalangan pejuang Melayu.

Seterusnya, suku bangsa yang menuturkan bahasa Melayu seperti di Semenanjung Tanah Melayu, Pantai Timur Sumatera, Brunei dan kawasan berhampiran merujuk kepada istilah Melayu yang lebih umum.

Pengertian ini juga mempunyai implikasi keagamaan yang dikaitkan dengan agama Islam. Selain itu, bahasa suku bangsa ini dikenali sebagai bahasa Indonesia di Indonesia dan bahasa Kebangsaan di Malaysia.

  Dalam perlembagaan Malaysia, Melayu didefinisikan sebagai individu yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu, menganuti agama Islam dan mengamalkan budaya serta cara hidup Melayu.