7/8/11

Teori Kedatangan Bangsa Melayu

Teori Kedatangan Bangsa Melayu

Bangsa Melayu sukar ditentukan asal-usulnya dan secara amnya kerana terdapat dua teori asal-usul kedatangannya, iaitu berasal dari Yunan(Teori Yunan) dan berasal dari Nusantara(Teori Nusantara). Teori Yunan ini disokong oleh beberapa ahli sarjana seperti Profesor Asmah Haji Omar, R.H Geldeen, J.R Logen Dan Slametmuljana.

Terdapat  beberapa bukti yang telah menyatakan kebenaran bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia dan bahasa yang digunakan dan dinamakan sebagai bahasa Austronesia.

Rumpun
Tai-Kadai

Rumpun
Hmong-Mien
Rumpun
Austronesia
Rumpun
Austroasia
Rumpun
Austris
Bahasa Austronesia berasal daripada rumpun bahasa yang sama dengan bahasa Austroasia, bahasa Tai-Kadai dan bahasa Hmong-Mien serta menjadi rumpun yang besar, iaitu rumpun Austris.












Rajah 1.1.1  Rumpun Bahasa Austris (bahasa yang berkeluarga dengan bahasa    yang terdapat di Selatan Cina).


Penyebaran keluarga ini sangat besar, iaitu dari Taiwan dan Hawaii di hujung Utara hingga ke New Zealand di hujung Selatan dan dari Madagascar jauh di Barat hingga ke Pulau Easter di hujung Timur.


TEORI YUNAN


Teori ini disokong lagi dengan penemuan kapak tua yang serupa dengan kapak tua di Asia Tengah yang ditemui di Kepulauan Melayu. Penemuan ini, menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

Selain itu, adat rasmi suku kaum Naga di daerah Assam yang berhampiran dengan sempadan India dan Myanmar serupa dengan adat rasmi bangsa Melayu.

Seterusnya, bahasa Melayu juga serumpun dengan bahasa di Kemboja dan berkemungkinan penduduk di Kemboja berasal dari dataran Yunan dengan menyusuri sungai Mekong. Dalam masa yang sama, hubungan yang terjalin di antara bangsa Melayu dan bangsa Kemboja menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

Teori ini juga disokong dan diterima umun. Sebagai contoh, dalam buku teks Pengajian Malaysia, ada mengatakan “nenek moyang” orang Melayu berasal dari Yunan.

Berdasarkan teori Yunan juga, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan menerusi tiga gelombang utama yang dimulai dengan perpindahan Orang Negrito, Orang Melayu Proto dan Orang Melayu Deutro.

Orang Negrito tidak sangat menonjol berbanding Orang Melayu Proto dan Orang Melayu Deutro. Orang Negrito merupakan penduduk yang terawal di Kepulauan Melayu. Mereka dikatakan ada di sini 1000 Sebelum Masihi berdasarkan penerokaan ahli arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Mereka mempunyai ciri-ciri fizikal seperti berkulit gelap, berhidung lebar dan sebagainya.

 Manakala penutur awal bahasa Austronesia ialah Orang Melayu Proto atau Purba yang berasal dari Cina. Perpindahan ke Kepulauan Melayu berlaku pada tahun 2500 Sebelum Masihi. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam.

Selanjutnya adalah Orang Melayu Deutro, iaitu gelombang perpindahan Orang Melayu Kuno kedua yang berlaku pada 1500 Sebelum Masihi. Mereka merupakan manusia yang mempunyai kemahiran berlayar kerana tinggal di tepi pantai. Tegasnya, taburan geografi bagi bahasa ini meliputi Asia Tenggara Maritim, Oceania, Madagascar dan Taiwan.

Bahasa Austronesia ialah keluarga bahasa dunia yang besar dan digunakan oleh Orang Melayu Proto dan Deutro, maka para sejarawan membahagikan cabang bahasa ini kepada empat keluarga asas, iaitu Keluarga Nusantara, Keluarga Polinesia, Keluarga Melanesia dan Keluarga Mikronesia.




Keluarga
Nusantara

Keluarga
Polinesia
Keluarga
Melanesia
Keluarga
Mikronesia
Rumpun
Austronesia
 























Rajah 1.1.2  Rumpun bahasa Austronesia.


a)    Bahasa-bahasa di Kepulauan Malayu dan Nusantara.
b)    Bahasa-bahasa Polinesia seperti Hawaii, Tonga dan Maori.
c)    Bahasa-bahasa Melanesia seperti bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Iran.
d)    Bahasa-bahasa Mikronesia seperti bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall,Carolina dan Gilbert.


 Keluarga Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200-300 jenis bahasa dan dapat dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu, seperti dalam senarai yang berikut :


1.    Golongan Filipina, antaranya: Tagalog, Ikolo, Bikol, Bisaya, Sulu, Palau, dan Tombulu.
2.    Golongan Sumatera, antaranya; Aceh, bahasa-bahasa Batak (Karo, Toba, angkolo-Mendailing, dan lain-lain), Minangkabau, Melayu Nias, Lampung, dan Orang Laut.
3.    Golongan Jawa, ialah: Sunda, Jawa, dan Madura.
4.    Golongan Kalimantan, antaranya: Iban, Kenyah-Kayan, dan Melanau.
5.    Golongan Bali-Sasak, iaitu: Bali, Sasak, dan Sumbawa.
6.    Golongan Gorontalo, antaranya: Bulanga, Kaidipan, Gorontalo, dan Buol.
7.    Golongan Tomini
8.    Golongan Toraja, antaranya: Kaili, Bare’e, dan Wotu.
9.    Golongan Loinang, antaranya: Loinan dan Banggai
10. Golongan Bunku-Laki, antaranya: Laki, Landawe, Mori, dan Mapute.
11. Golongan Sulawesi Selatan, antaranya: Makasar, Bugis, dan Seko.
12. Golongan Muna-Butung, antaranya: MUna-Butung, Butung Selatan, Kerompa, dan Wolio. Golongan Bima-Sumba, antaranya: Bima, Manggarai, Sumba Barat dan Sumba Timur.
13. Golongan Ambon-Timur, antaranya: Kro’e, Alor, Roti, Wetar, Bura, Goram, dan Bandar.
14. Golongan Sula-Bacon, antaranya: dialek-dialek Taliabo, dialek-dialek Sula, dan bahasa Bacon.
15. Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya, antaranya: Halmahera Selatan, Nufur, dan Kowiai.


Ada juga yang membahagikan bahasa Austronesia kepada dua keluarga utama, iaitu Keluarga Taiwanik dan Keluarga Melayu-Polinesia.
                    
Melayu-Polinesia
Timur

Melayu-Polinesia
Tengah
Rumpun
Taiwanik
Rumpun
Melayu-Polinesia
Melayu-Polinesia
Barat
Rumpun
Austronesia
















Rajah 1.1.3  Rumpun bahasa Austronesia(salah satu contoh pembahagian Rumpun
                    Austronesia).



TEORI  NUSANTARA

Teori Nusantara ini pula, disokong oleh ahli sarjana seperti J. Crawfard, Isidore Dyen dan Gorys Keraf.

Hal ini kerana bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dicapai apabila perkembangan sesebuah bangsa yang lama.  Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dan berkembang dari mana-mana melainkan berkembang dan berasal dari Nusantara itu sendiri.
Begitu juga dengan ahli sejarawan, iaitu K.Himly yang tidak bersetuju bahawa bahasa Melayu serupa dengan bahasa Champa(Kemboja). Baginya persamaan tersebut hanyalah fenomena “ambilan” semata-mata.
Bahasa di Nusantara(bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah(bahasa Indo-Eropah).

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu  mengikut teori Nusantara kepada tiga tahap utama iaitu, Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno
Bahasa ini merupakan keluarga bahasa Nusantara. Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada Zaman Kerajaan Srivijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran, iaitu bermula pada tahun 680 Masihi dan digunakan sejak 1250 Masihi.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Kemakmuran kerajaan Srivijaya  merangkumi Pulau Andalas(Sumatera), Daratan Melaka(Semenanjung Tanah Melayu) dan Seluruh Asia Tenggara.

Selain itu, bahasa ini menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar, tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Bahasa ini juga banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa  kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana pengaruh agama Hindu, bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi dan sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7, ditulis dengan huruf Pallawa seperti Batu Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M), Batu Bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M), Batu Bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) dan Batu Bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M).

Bahasa Melayu kuno pada Batu Bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno ialah penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit, susunan ayat bersifat Melayu, bunyi b ialah dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan), bunyi pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan), awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas), awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat), ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) dan huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
  
Bahasa Melayu Klasik
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting, iaitu Zaman Kerajaan Melaka, Zaman Kerajaab Acheh dan Zaman Kerajaan Johor-Riau.

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik ialah ayat: panjang,  berulang, berbelit-belit, banyak ayat pasif, menggunakan bahasa istana, kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih), banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun, ayat songsang dan banyak menggunakan partikal “ pun'' dan “ lah'' .

Sebagai bukti seperti Batu Bersurat di Pasir Panjang Minangkabau(1351),
Batu Bersurat di Minye Tujuh, Aceh(1380) dan Batu Bersurat di Kuala Belang, Terengganu(1303-1387).

Selanjutnya, sebagai contoh hikayat-hikayat Raja Pasai ialah Hikayat Muhammad Ali, Hikayat Amir Hamzah, Bustanus Salatin, Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu.

Bahasa Melayu Moden
Bahasa ini bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan seperti Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 yang menetapkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam Sistem Pendidikan Negara.