7/8/11

Unsur Bunyi Vokal


 Semua bunyi vokal ialah bunyi-bunyi yang bersuara yang tidak mengalami sebarang gangguan pada arus udara. Bunyi vokal juga mempunyai ciri kelantangan dan kepanjangan, iaitu bunyinya lebih jelas serta lebih panjang daripada bunyi konsonan.

Pita suara adalah alat artikulasi manusia yang paling penting dalam menghasilkan bunyi vokal. Manakala, kualiti vokal pula ditentukan oleh peranan dan kegiatan lidah. Lidah mempunyai dua ukuran, iaitu tinggi rendah dan depan belakang.

Selain itu, lidah juga boleh diturunkan serendah-rendahnya atau dinaikkan sehingga mendekati langit keras dalam menghasilkan bunyi. Oleh itu, bunyi yang terhasil boleh tinggi dan rendah. Sebagai contoh, vokal [u] dalam perkataan [bubu] ialah vokal rendah. Manakala, vokal [i] dalam perkataan [ini] ialah vokal tinggi.

Selain lidah, alat-alat artikulasi lain yang terlibat ialah bibir dan lelangit lembut.
Jika bibir dan lidah berada pada satu keadaan, rongga yang dilalui oleh udara akan bergetar dan menyebabkan terbitnya kelantangan yang mencirikan sesuatu bunyi vokal dengan intonansi tertentu.

Bibir bertujuan untuk menghasilkan vokal depan atau belakang, iaitu apabila bibir dihampar akan terhasillah bunyi vokal depan. Sebaliknya, sekiranya bibir dibundarkan akan terhasillah bunyi vokal belakang. Dalam masa yang sama, lelangit lembut member laluan udara masuk ke rongga mulut dan menghalang udara mengalir dari rongga nasal(hidung).

Terdapat lapan bunyi vokal dalam bahasa Melayu tetapi enam sahaja yang biasanya digunakan dalam pertuturan bahasa Melayu standard. Salah satu kriteria yang menentukan bunyi vokal ialah bahagian lidah yang terlibat, sama ada bahagian hadapan lidah atau belakang lidah.

Selain itu, ketinggian lidah dinaikkan dan keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut sahaja(bunyi vokal) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan hidung(menghasilkan bunyi sengau).

Dalam masa yang sama, kriteria-kriteria yang seterusnya ialah kedudukan bibir, sama ada bundar atau hampar dan keadaan glotis, iaitu dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru suara bergetar.

Perbezaan bunyi vokal disebabkan keadaan lidah yang berubah, iaitu lidah tinggi, separuh tinggi, separuh rendah dan rendah.

Secara keseluruhan, vokal dalam bahasa Melayu dapat dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu vokal hadapan, vokal belakang dan vokal tengah.

a. Vokal hadapan
[i]  -vokal depan sempit.
[e] -vokal depan separuh sempit.
 -vokal depan separuh luas/lapang.

[a] -vokal depan luas/lapang.

b. Vokal belakang.
[u] -vokal belakang sempit.
[o] -vokal belakang separuh sempit.
 -vokal belakang separuh luas/lapang.

c. Vokal tengah.
 -vokal tengah.

           Tidak ada huruf dalam yang khusus dalam sistem tulisan bagi bunyi vokal  (vokal depan separuh luas/lapang) dan  (vokal belakang separuh luas/lapang). Bunyi vokal  dilambangkan oleh huruf ‘o’ dan bunyi vokal  dilambangkan oleh huruf ‘e’ serta vokal-vokal ini wujud dalam dialek-dialek dan merupakan kelainan daripada vokal [e] dan [o].

 Cara penghasilan vokal berkaitan dan mengikut ketinggian lidah diangkat. Sebagai contoh, bunyi vokal belakang dapat dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah kearah lelangit lembut, tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. 

Jika belakang lidah dinaikkan tinggi, rongga mulut menjadi sempit, maka terhasillah bunyi vokal [u], jika separuh sempit terhasillah bunyi vokal [o] dan jika separuh luas terhasilnya vokal . Kedudukan bibir pula adalah bundar, manakala luas bukaan rahang mengikut luas atau sempitnya bunyi vokal-vokal itu.

Manakala, jika lidah diangkat separuh tinggi atau separuh sempit pula maka terhasillah bunyi vokal  [e] dan jika hadapan lidah dinaikkan tinggi, terhasillah bunyi vokal [i]. Selain itu, jika ketinggian lidah separuh rendah atau luas, maka terhasillah bunyi vokal  dan jika lidah diangkat sedikit sahaja, terhasillah bunyi vokal [a]. Keadaan bibir adalah terdampar manakala luas bukaan rahang pula mengikut luas atau sempitnya bunyi vokal-vokal ini.